skip to Main Content

Promosi My Cybersale 2018 Dismiss

Pengenalan

Bismillah, Buku Puris adalah sayap terbitan Galeri Ilmu Media Group (417643-K). Cuma fokus kami tidak seberat konten terbitan Galeri Ilmu Media Group yang menfokuskan buku Agama, Motivasi yang mempunyai sasaran tersendiri.

Buku Puris datang dengan fokus karya dan pembaca yang lain. Nak tahu apa fokus karya terbitan kami? Baca lagi.

Mesti korang minat menuliskan?

Alah, tipulah kalau takde perasaan nak jadi penulis buku bestseller. Cuma tak tahu nak mula macam mana saja, kan? 🙂

Baik, korang tak perlu nak pening-pening. Team Buku Puris boleh bantu. Kalau korang ada cerita/kisah yang best-best, hubungi saja editor. 019-2279396, Tim Buku Puris  nanti korang akan di bawa berjalan-jalan ke Facebook dia. Lepas tu korang follow la. Tu pun kalau berminat. 🙂

Tak Tahu nak Tulis Pasal Apa?

Tipulah. Bukan tak tahu tulis pasal apa. Cuma tak tahu nak mula macam mana. So, jalan penyelesaiannya, korang kena belajarlah. Senang cerita tanya saja kat editor, nanti dia bimbing satu persatu. Insya-Allah.

Buku Puris Cari Manuskrip Macam Mana?

Okey, kami open. Tapi taklah terlalu bebas. Mesej kami mudah, “Baca yang Betul”. So korang tulislah pasal apa sekalipun, yang penting jangan merapu. Ada nilai ilmu dalam karya korang dan mampu mendidik pembaca kat luar sana.

Cuma kami ada listkan beberapa senarai bahan yang kami nak:

1. Fiksyen:

-SERAMISTIK

2. Komik

Penulis pula perlu yang muda-muda ke?

Eh, siapa kata?

Kalau muda lagi bagus. Muda-muda dah ada semangat tinggi untuk ubah pemikiran masyarakat melalui pembacaan. Tapi kalau kau tak muda pun, tapi jiwa muda, okey jer. Asalkan apa yang korang bukan gaya orang tua-tua tulis. hehe. Itu je.

Tebal berapa?

Mudah cakap,

Times New Roman
12pt
Singgle Spacing
400-500 Muka Surat ke bawah (novel).

Kalau dah siap tulis nak hantar kat siapa?

Dah bagitahu kan kat atas tu. Contac editor. Check balik. Tak pun korang email je terus ke bukupuris@gmail.com. Bila dah emel jangan segan-segan whatsApp editor tu. Ya, la takut dia pun tak perasan korang dah emel. Manusia la katakan.

Okey. Cubalah ye.

Terima kasih.

Admin Buku Puris
Baca yang Betul

Back To Top